Pengetua atau pemilik taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) perlu memastikan mereka memiliki kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak dan bukan sekadar memikirkan keuntungan semata-mata.
Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) Datin Professor Dr. Mariani Md Nor langkah itu penting bagi memastikan mereka mampu melakukan sesuatu perkara yang bermakna untuk generasi akan datang.